Tuesday, August 6, 2013

tarawih terakhir

lebih kurang pukul 22:08 malam ni tadi,

tarawih terakhirku menutup tirainya.






malam nirmala. rata-rata umat Islam girang menyambut kedatangan hari lebaran. ironinya, aku berasa sayu. bulan ramadhan kian pergi tanpa menanti. waktu bersilih ganti tanpa henti. menandakan aidilfitri makin menghampiri. ya, entah kenapa. bulan ramadhan tahun ini amat berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas. mungkin sebab aku rasa bulan ramadhan pada tahun ini lebih bermakna buat diri aku. memang aku mengaku, bulan puasa kali ni lebih seronok. tapi, aku tak bermaksud bulan puasa tahun-tahun lepas tak seronok, cuma, bulan ramadhan kali ni, lebih berbekas di hati. aku berharap aku dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan ramadhan pada tahun hadapan. dan, aku juga berharap agar aku dapat tingkatkan lagi amal aku kala bulan suci tersebut bertandang. :) In Shaa Allah, Amin.

Tuesday, July 30, 2013

mama,


takpe ke kakak pergi plkn?



tiga bulan je,



takpe kan?






to be honest, deep in my heart,

i don't think so that i'm able to leave my family *nampak sangat macam anak manja, although, i have to attend that national service thingy for only mere three months. tsk. pejam celik, pejam celik, habislah sudah tiga bulan tu.




tapi, still,

sanggup ke aku nak tinggalkan rumah dan hadap hari-hari yang mungkin menyeksakan jiwa raga kat sana? 


Monday, July 29, 2013

kenapalah aku 'bertuah sangat' untuk terpilih sebagai salah seorang pelatih plkn? 0_0 

my only hope, 

everything will be going tremendously well. In Shaa Allah, Amin. 

ALLAH KNOWS BEST. :)

Friday, June 21, 2013

Kak Ama! :D

Kak Ayu ;)
nak dimulakan cerita, first time kenal Kak Ama masa Form 2, tapi, tak tahu macam mana dapat penetrate through Kak Ama pnya blog. haha. 

first impression



first impression nadia terhadap Kak Ama ialah, Kak Ama seorang yang sangat pandai, cantik, comel pulak tu, setanding dengan nama panggilannya, 'Ayu'. sebab Kak Ama memang ayu sangat, sejuk mata menandang, manis wajahnya. ;) suci lagi tu. hihi.

style of writing

first time dapat baca blog Kak Ama, nadia dah head over heels. Kadang-kadang, dalam fikiran nadia menerawang je pasal macam mana Kak Ama boleh mengarang ke satu extend yang tak semua orang boleh dapat. pengolahan ayat dan penggunaan kata Akak sangatlah bombastic. to be honest, kadang-kadang, nadia rasa Akak pnya English vocab yang high level punya, sebab, nadia kadang-kadang pun tak faham ble baca. tapi, sebab seronok sangat baca words of wisdom Akak, nadia pun terus je baca tanpa menghiraukan sama ada nadia faham atau tidak maksudnya. heheh. 

no wonder-lah, masa nadia Form 3 dulu, Cikgu Yusnizan ada kata yang, pelajar yang pertama dapat markah tinggi utk bahagian karangan ialah Kak Ama. Cikgu Yusnizan kata, Kak Ama kalau mengarang, sampai berapa page tah. tak ingat plk, tapi, yg nadia igt, kata-kata Cikgu tu left us in amazement. 

naik je Form 4, Teacher Umi Kalsom plk selalu puji cara Kak Ama & Kak Shafiqah punya style of writing, sebab nampak matured & kakak-kakak ni banyak membaca.

Akak buatlah novel ke apa ke, In Shaa Allah, Amin, jadi bestseller, and nadia akan beli jgk!

Only one word to describe your writing style, Kak Ama: HEBAT!

Being a TOP STUDENT



Kak Ama memang dikenali sebagai top student kat sekolah, memang pandai sesangat. kadang-kadang tu rasa macam, seronoknya kalau boleh jadi macam Kak Amalina. 

ada satu masa tu, nadia baca semula segala post Akak yang past years punya. nadia baca macam mana Akak harap nnti ble ambl Anugerah Cemerlang diiringi paluan kompang segala & yang bestnya, apa yang Akak impikan tu tercapai, Alhamdulillah :) nadia tersenyum sorang-sorang ble baca post tu.

nadia harap nadia dapat jadi macam Akak jgk suatu hari nanti, In Shaa Allah, Amin.

A-Good-Psychologist-To-Be

ya, nadia mengaku yang nadia ada meluahkan pasal masalah nadia dekat Kak Ama. kenapa? sebab nadia rasa, Kak Ama ialah orang yang paling memahami masalah yang nadia hadapi selain ibu nadia sendiri, since, nadia rasa banyak benda yang Kak Ama luahkan dekat blog Akak tersangat sama dengan apa yang nadia kena tempuhi jgk. and Kak Ama sangat baik untuk mendengar segala luahan hati nadia (ececeh!). sebab itulah jgk nadia suka baca post luahan hati Kak Ama, lepastu, angguk senyap-senyap dalam hati. 

Kem Kokurikulum 2011

nadia ingat lagi, waktu tu, nadia pergi tengok list nama untuk setiap kumpulan yang dah dibahagikan untuk kem tu nnti dekat hallway nak pergi ke kantin. nadia rasa teruja sangat ble dapat tahu yang nadia sama group dengan Kak Ama, tapi, sayangnya, nadia tak berapa sihat, jadi nadia pun melepaslah nak merasa macam mana seronoknya dapat satu group dengan Kak Ama. :(

Majlis Anugerah Cemerlang 2011

masa ni nadia dapat duduk sebelah Kak Ama, wahhh, rasa teruja yang amat sangat. hihi. tengok Kak Ama yang kelam-kabut nak pergi ambil award ke-2, rasa envy sesangat.

She is Just Too Kind

Kak Ama, serious nadia rasa macam bersalah sangat sebab ambil buku-buku Kak Ama tanpa perlu bayar semua tu, tapi, apa-apa pun, nadia nak berterima kasih sangat for everything sebab buku-buku tu sangat membantu nadia. Alhamdulillah sangat :) anyway, Akak, thank you sangat-sangat for your PMR wishes :) Alhamdulillah, berkat doa Akak jgk, ktaorg berjaya dapat straight A. thanks sangat.


A POTTERHEAD



bab Harry Potter, serious, Kak Ama memang seorang yang expert. rasa admire sangat dengan Akak yang mampu mengingati segala butiran benda dalam cerita Harry Potter. kalau nak kenal the POTTERHEAD side of Kak Ama, click link dekat atas tu :)

The Creative Side of Her



Kak Ama seorang yang sangat kreatif. *jelesjeles. Kak Ama bukan setakat pandai dalam pelajaran, kreatif dalam mengarang, tapi, kreatif jgk bila melukis. lukisan Akak yang comel-comel belaka tu buat nadia lagi teruja. hee. 





Dear Kak Ama,

firstly, sorry sangat-sangat sebab post pasal Akak terlalulah rojak bahasanya. and, terpaksa curi gambar Akak kat FB Akak melalui FB adik. hihi. anyway, these are truly my thoughts about you, whom i really envy as my idol <3 you're absolutely the best among the best. i'll always love you, Akak ;) thank you very much for everything & sorry sangat-sangat andai nadia dah banyak ganggu & susahkan Akak :( and, my wishes for you, In Shaa Allah, Amin Amin, Akak berjaya duniakhirat, sentiasa sihat & bahagia di samping keluarga & sahabat handai :) in the future, i really hope you'll get to be married with the most suitable husband whom suits you the best. In Shaa Allah, Amin :) good luck & wish you all the best :)

Friday, May 31, 2013

if and only if, one fine day, i could encounter a human being who is similar to that certain someone.

i do hope, though.




“Because what’s worse than knowing you want something, besides knowing you can never have it?”

― James Patterson



Sunday, May 26, 2013

VAl-Biruni - Back In Time

haha. bukan lagu Pitbull untuk movie 'Men in Black' tu eh. 'Back In Time' hanya tajuk sebuah post semata-mata.

'Back In Time' kali ni menjadi sebuah tema untuk penghuni-penghuni 5 Al-Biruni yang telatahnya mengalahkan kanak-kanak sewaktu sesi pembelajaran subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. enjoy!




































tataplah keghairahan kanak-kanak ribena merangkap senior sekolah bermain yang mengalahkan budak-budak tadika. sayangnya, aku tak ada waktu ni untuk bermain bersama sebab aku ada hal waktu tu. anyway, thanks sangat-sangat Ummi, sebab sudi jadi photographer. ;) and, tenkiu very much, Cikgu Zurayda, sebab bagi ktaorg peluang untuk bermain, sekali gus, boleh rilis tensen. heheh. :D

Saturday, May 25, 2013

Emmaa! xD

oitt oitt, jangan cepat melatahhh, the stated 'Emma' above bukanlah pemegang watak Hermione Granger dalam Harry Potter, iaitu, Emma Watson, mahupun, pelakon tanah air tuuu, Emma Maembong. haha. dan juga bukanlah Emma Stone yang berlakon dalam movie The Amazing Spiderman tu, heheh.

now, i'll present you some insights of Emma.



nampak benda warna pink tu? itulah orangnya. hahah.


nama sebenarnya ialah Eizzaty Naimmah binti Mustafa. aku mula kenal dia masa sama-sama kelas 1C1 dulu. pendek kata, masa Form 1 lah ye. tapi, dia ditakdirkan untuk berpindah selepas setahun bersama.

masa sekelas dengan dia dulu, dia ni seorang pengawas sekolah, yolah, memandangkan kelas ktaorg yg memang macam laut yang biru, sebab bilangan pengawas sekolah waktu tu memang boleh dikatakan 3/4 daripada kelas tu, tak cukup lagi, kelas pun sama-sama warna biru jugak. haha.

Eizzaty ni dulu duduk belakang aku, bersebelahan dengan Hanan, row yg kedua dari kanan. betul tak Eizzaty? haha.

Eizzaty ni masa kat kelas dulu, terkenal dengan panggilan 'Bedah'. haha. 

Eizzaty yang comel dan tinggi 

memang dia comel, dengan pipinya yang gebu, putih lagi tuuu, and, asal ada classmates yang cubit pipi dia, akan terpacullah dari mulut dia, "Hilang keanjalan pipiku." this is her famous quote. hee.

dia juga tinggi. dengar tu, dia TINGGI. ya, to be honest, memang aku jeles. sebab aku pendeks. hahaha.

'Eden' Virus

cehhh, bunyi macam title drama Korea pulak, yang tajuknya berbunyi begini, 'Beethoven Virus'. haha.

dia suka nak sebut dialek Nogori tu, and end up, classmates yg lain pun terbawa-bawa dengan perkataan 'eden' tu. cuma aku je yg terjangkit virus tu, sebab antibodiku kuat. hekeleh.



menolong 'Bedah' buat penanda buku untuk dibagi kat classmates.


Selalu dikenakan Cikgu Fauzi

haha, dulu aku ingat lagi macam mana aku selalu dikenakan Cikgu Fauzi pasal pipi aku, then, tak lama kemudian, Eizzaty pulak yang selalu dikenakan. haha.

Peminat Fanatik Warna Pink

ok, tiada apa lagi yang dapat dijelaskan, sebab gambar di atas telah menjelaskan segala-galanya. 

She Has Her Own Vocab

buktinya? haaa, buktinya, aku selalu jgk tak kering gusi sebab dia suka sangat nak menukar pronunciation untuk sesetengah perkataan. contohnya, 'free of charge', bertukar menjadi, 'free of cas'. apakah? haha. lagi satu, nama satu sungai kat Thailand, si Tanah Bebas ni, iaitu 'Menam Chao Phraya' yang juga digelar 'Venice Timur', habis ditransformasikan pronunciation-nya. (alamak, ter-geografi plk, haha.)


Macam Mak Orang

sebab apa? dia pernah cerita yang ada orang hantar pizza kat rumah dia, then, orang tu panggil dia 'puan'. hahah. siapa suruh tinggi sangat. kan bagus kalau awk pendek sikit waktu tu. *eleh nadia, kalau dah jeles dengan orang tinggi, ngaku jelah. 



nampak orang yang berposing maut kat tengah-tengah tu? haaa, letaklah 'spotlight' tu kat diaaa. heheh.


Eizzaty, kalau tak silap kte awak kidal kan? and, kte ingat lagi yang tulisan awak macam mana. jenis yang kecil-kecil and halus. 

and, kte ingat lagi, yang paling tak boleh blah, masa hari terakhir sekolah kalau tak silap, kan Cikgu Fauzi suruh setiap murid tulis pasal setiap classmate. apa kebaikan, keburukan and career apa yang sesuai dengan seseorang tu. kte ingat lagi yang awak ada cakap, sebab nak cepat sangat, awk pakai bantai je letak orang tu sesuai dengan career apa. yang tak tahan tu, 'sukarelawan'. hahah.

tapi, the thoughtfulness of Cikgu Fauzi made us able to keep our sweet memories through the lil' notes yang reflect apa orang rasa pasal kte. thanks Cikgu ;')

kte ingat lagi pasal first impression awk kat kte, awak kata kte sombong, haha. padahal, waktu tu kte rasa kerdil gilaaa sebab masuk kelas yang hampir kesemuanya dapat straight A masa UPSR. 





Dear Eizzaty,

serious, sedih rasa, sebab dapat merasa satu sekolah dengan awak untuk selama satu tahun je. satu jangka masa yang sangatlah pendek. tapi, inspite of being together for only a brief time, Alhamdulillah sangat sebab
kte dapat mengukir banyak kenangan manis bersama. :') rindu tau time kte calling-calling dulu. <3 nasib baik kte dapat pecah masuk blog awak, and awak masih ingat kat kte lagi. ini membolehkan kte ber-contact lagi. In Shaa Allah, awk sentiasa berjaya duniakhirat, sihat, ceria sentiasa & jadi anak yang solehah :') Amin Amin. kte sayang awak tauuu. panjang umur, ada rezeki, bertemulah kte, ye! :D loveyouuu, always. <3




*oh, sori sangat for the 'rojak' language. ngeee~

Monday, April 22, 2013

limit yourself.

oh, apakah kau rasa pelik atau kau anggap itu sebagai satu fenomena luar biasa kalau tiba-tibalah, once upon a time, nama aku diucapkan Cikgu sebagai antara yang tak siapkan kerja sekolah?

don't you ever expect me to be a perfectionist in every step i walk throughout my life.

because, i am indeed a normal human being.


oh, apakah kau rasa aneh bila aku komplen exam tu susah atau aku jawab, "tak tahu" untuk soalan yang ditanya?

don't you ever expect me to be a genius in my studies.

because, i am indeed a normal human being.


oh, apakah kau rasa janggal dengan ketakutan dan ketidakberanian aku ni untuk bercakap di hadapan khalayak ramai?

don't you ever expect me to be such a courageous and confident person when it comes to give a talk in front of the peopleeee.

because, i am indeed a normal human being.


ingatlah engkau,

bahawa aku bukanlah seperti gelaran atau pendapat korang terhadap aku,

'otak komputer', 'jawapan macam skema jawapan', 'buku teks', 'penanda aras untuk rakan sekelas', 'kaunter pertanyaan' dan macam-macam lagilah.


ini yang menyebabkan aku kadang-kadang tu rasa letih nak hadap dunia.


ingatlah satu benda ni,

aku tak marah tau, tapi, aku nak mntk satu je, anggap je yang aku ni manusia biasa yang bergelumang dengan dosa, hanya bergantung harap terhadap rezeki dan redha dari Allah, the Almighty serta berkat doa orang ramai, especially, ibu dan ayah aku. :') 

but, anyway, Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah. :)

  





the best quote, ever.

"Aku sangat percayakan berkat. Sebab aku tau, takde benda semuanya terletak pada diri sendiri. Kita hidup ada habluminallah, habluminannas. Life is like a long equation with all kinds of operations and symbols and unknowns and integers and formulas, connected complicatedly and tangled together to form one answer.

That is life. Not this:

Me = The result."

By the dearest, Kak Ama :)



thank you very much for such a meaningful and priceless quote, Kak Ama. 

life is complicated, yet, it is indeed a miracle, filled with barakah and hikmah. ;) 

Saturday, April 13, 2013

the best 'hari anugerah', ever :3

kalau ada time machine, nak rewind hari ni boleh? nak naik atas stage lagi, berjalan selaju yang boleh, lepastu, pening kepala sebab tak tahu nak letak hadiah kat mana, end up, terpaksa biarkan hadiah tu tersadai di atas stage yang juga dah lama dipinggirkan, then, naik sekali lagi untuk ambil hadiah yang kedua. :') oh, sadisnya. hahah. anyway, apa-apa pun, Alhamdulillah. :)




kiyaaa, comelnyaaa. pandai kak Afifah kte ambil gambar. xD especially, gambar yang bawah tu, macam band hindustan mana entah. harhar.



credits: Afifah Ngasri 

p/s: thanks a lot sis, love you so much! <3

Monday, March 25, 2013

self mirror


i really wish that i can stand among 'the best of people', In Shaa Allah,  Amin :)

Sunday, March 24, 2013

please, bear in mind,

that i just don't deserve it.


i just don't deserve to be showered with such expectations and compliments.

just accept me the way i am.

because,

i'm indeed a normal human being who had to pull my way through such ups and downs in this life. just remember that, i'm just a nobody, without the gifts from Allah, The All-Merciful. :)

i'm begging. 

please.

a weirdo

yes, that's me.

aku memang pelik. cuma, mungkin tak semua tahu.

tapi, adalah beberapa kepelikan aku yang agak signifikan yang hanya orang yang rapat dengan aku je tahu. berapa kali 'yang' dah. buruk nampak ayat.

yang first sekali,

aku jenis yang bila beli barang baru, macam yang semua dah sedia maklum, akan ada tag brand barang tu kan? aku ni jenis yang kalau tag tu comel, contohnya ada gambar bear ke apa ke, aku sanggup simpan. sehinggakan ada satu masa tu, aku n kawan-kawan 3C1 went for an outing kat WWM, adalah sorang kawan aku tu, dia ajak either sedara or sepupu dia, and dia siap kata lagi, "Kakak ni memang pelik sikit. Dia suka simpan tag-tag harga tu." lebih kurang ginilah. haha.

kedua,

aku jenis yang akan guna sesuatu barang tu sehinggalah dia dah sampai satu tahap yang boleh dikatakan, 'tenat'. contohnya, beg sekolah aku. aku ingat lagi yang beg sekolah tu warna hitam, and aku pakai sehingga aku habis form 3. memang tenat dia dah tahap gaban. mana taknya, sampai mak aku kena jahit beg tu, and setiap kali keluarkan buku sekolah dari beg tu, adalah cebisan-cebisan kulit beg tu terselit kat celah-celah buku. kawan-kawan selalu komplen kata beg sekolah aku tu terlalu ke bawah. haha. and, aku selalu kata kat mak aku, "Takpelah, Mama. Nanti jelah. Tunggu sampai dia dah betul-betul tenat.", aku akan cakap benda ni setiap kali mak aku ungkit pasal beli beg baru, kalau tak silap akulah. tapi, ble aku renungkan semula kisah tu, aku terfikir, agak-agak tenat tahap yang ke berapa agaknya barulah aku setuju nak beli beg baru. i'm not being thrifty or stingy, but, it's just that I've meant to have such 'i owe you a great deal' feeling. :')

ketiga,

aku jenis yang pemalas sangat. terutamanya, bila nak buang sampah yang kecil-kecil tu. contonhya, cebisan-cebisan kertas ke apa ke. lebih memalukan, ada classmate lelaki yang dah tahu perangaiku yang tidak berapa nak senonoh ni. siap ada yang offer nak tolong buangkan, and bandingkan aku dengan adik perempuan dia yang berperangai sama dengan aku. hahah. memang terserlah habis kemalasan aku.

dan, yang terakhir sekali,

hahah. bila baca buku, terutamanya, buku cerita yang aku baru beli, aku jenis yang buka buku tu kecil-kecil je. tak nak buka besar-besar. sebab takut konyok. aku lagi sanggup menghadap kesusahan masa nak membaca, daripada meratap kesedihan melihatkan buku cerita kesayangan 'luka' sana-sini. apa kau ingat aku tak pernah kena perli, ejek segala dengan keanehan aku ni? aku pernah kena, tapi, setakat ni, dengan ayah aku jelah. dia selalu jgk perli cara aku membaca. haha. 




dah lama dah tak hapdet, tapi, bila dah hapdet, it turns out that this secret of mine to be unveiled. 'secret' lah konon. haha. 

Tuesday, March 5, 2013

Sarah Sultan :D

misai klasik tuuu. boleh jadi 'Lord Septic'. haha.
nama si comel ni Siti Maisarah. tapi, aku lagi selesa panggil dia 'Mai'. atau macam orang lain, panggil dia 'Sarah', in short. first kenal dia, macam Shasha jgk, masa Form 1 waktu sama-sama kelas 1C1.

dia baru melangkah ke alam pra-dewasa on the 3rd of March haritu. so, apa lagi, wish jelah dia, walaupun dah lambat ke apa ke. ok ok? hee.

Happy Belated Birthday, Sarah :D

wahhh, dah 17 tahun ye awk, dah tua, haha. gurau je, jangan marah naaa! kte doakan awk dapat stret A+ utk SPM tahun 2013 ni. In Shaa Allah, Amin Amin :) semoga awk sentiasa sihat, bahagia & berjaya duniakhirat, di samping menjadi anak yang solehah. ;) stay ayu & awet muda. hehe.

This Girl is So Cute & Cantikkk


anda menyerlah dalam hijau. ;)
ye, i admit yang Sarah ni memang lawa and sangat comel, dan bagi kte, gigi awk yg bertaring ala-ala vampire tu membuat awk lebih comel. i loike. nak-nak bila awk senyum nampak gigi. dahlah awk suka plk tu baca novel-novel yang bertemakan 'vampire'. memang sesuai. hahah. 

An 'Otaku'

samalahhh macam adik kte. gila anime and manga. awk blh diumpamakan ensaiklopedia segala manga-anime nihhh. ingat lagi masa awk duduk sblh kte dulu masa kat kls 4AB, awk selalu cite kat kte pasal macam-macam anime, cosplay, manga segalaaa. haha. 

Being a K-Pop Fan

since Sarah pun minat K-Pop ni, jadi saya pun dengan seronoknya dapat berkongsi pasal K-Pop dengannya. haha. yang paling kte ingat, masa hari kedua exam akhir tahun, awk ddk belakang kte, kan? then, orang lain yg tengah sibuk menelaah Bio sbb nak get ready for exam Bio Paper 3, kte berdua sibuk bercakap psl Kwanghee dengan Sunhwa. lpstu, kalau tak silap, kte siap bagi alasan yg kte dh tak blh nak baca dah, takut otak tepu. alasan yang terlalu tainted dengan kemalasan and ke-eksaited-an berborak pasal dorg dua tu. haha.

A Bookworm

seriyes, kte jeles dengan awakkk. rajin gile baca English novels, dahlah tebal-tebal lak tu. kte envy sangat dengan awkkk. kalau nak banding dengan kte, alahaiii. lagi satu, ble awk speaking, kte sukaaa. so fluent and tambah-tambah lagi dengan British accent awk tu. ngeee~

Dependable

yes, she is. awk sangat boleh diharap. tak kira dari segi kerja kumpulan ataupun nak share rahsia ke apa ke. seronok sebenarnya bercakap dengan awk. first time berborak panjang dengan awk melalui phone. dah nama pun perempuan, memang asyik bergosip jelah jadinya. heheh.

A Childish Girl

awkkk, kte sangat-sangat suka akan ke-childish-an awk tuuu. hehe. ingat tak masa kelas 5AB buat rombongan cik kiah ke padang AU4, semata-mata sebab nak buat eksperimen quadrat tu? seronoknya rasa dapat pegang tangan awk lama-lama sepanjang berjalan kaki beramai-ramai ke sana. cuma waktu tu rse bersalah sangat sbb tangan kte dah mula berpeluh, takut awk tak selesa, tpi, awk tak kisah pun. ;) and, waktu tu betul-betul rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak sebab jalan sama-sama, berpegangan tangan and finally, semua sibuk bermain kat playground. memang tak matang sangat kelas 5AB niii. xD kesian Cikgu Akmal, macam-macam ragam anak-anak dia kena dijaga. but, thanks to Cikgu Akmal anyway sebab bagi chance untuk semua reminiscing our old times.

She is a Brave Girl

ye, Sarah berani nak bercakap kat depan kalau nak dibanding dengan kte yang sangatlah penakut bila sampai bab bercakap kat depan ni. haha. and, i really envy that side of her.


tiga sekawan yang comel-comel belaka. ;)
Kind & Caring

terharuterharu. ingat lagi, masa awl tahun 2013, kte dimasukkan ke hospital & awk hampir setiap hari call & text kte tnya pasal keadaan kte. masa Ujian 1 haritu, awk jgklah orang yg bagi kte, nmpk risau dengan keadaan kte yg tak sihat ni. :') awk sangat memahami kte. and, banyak lagi yang awk dah buat utk kte yang sangat menampakkan awak care for your friend.. thanks sangat, sayanggg. <3



Dear Sarah,

firstly, ayat yang paling mustahak, sori sangat-sangat sebab ambil keluar gambar awk secara illegal. macam pembalakan haram dah gamaknya. awk, kte nk awk tahu yang kte sayang sangat kat awk & terhadap persahabatan yang kte dah bina sejak tahun 2009 lamanya. kte nak berterima kasih yang teramat sangat for everything yg awk dah buat utk kte selama ni. sori sangat-sangat andai dah banyak buat salah kat awk. In Shaa Allah, our friendship bond will last forever, Amin. :) kte doakan awk berjaya gapai impian yg awk dah lakar dari zaman dolu-dolu lagi. semoga anda juga dapat mencapai hajat anda untuk berkahwin dengan orang UK atau Jepun. haha. sori sangat-sangat jgk sbb tak ada banyak gambar awk. :( by the way, stay healthy, always.

Monday, February 11, 2013

i-no-celebrate-chinese-new-year

as we all know, the Chinese were celebrating Chinese New Year yesterday, which fell on the 10th of February. tahun ini tahun ular, wahai kawan-kawan. haha.

okay, nak dimulakan cerita, masa hari Jumaat lps, sekolah ada anjurkan merentas desa untuk tlg kutip markah bagi rumah sukan masing-masing. so, ktaorg yang di-point oleh Cikgu Fatim utk jdi AJK Kecemasan terpksalah jgk memunculkan diri kat sklh utk laksanakan tugas murni ni. heheh.

tapi, malangnya, hari tu hujan, agak lebat. ingatkan tak lama, skli dia turun tu, lamalah plk. despite the bad weather, Cikgu Fatim htr jgk ktaorg ke checkpoint merentas desa tu. sampai je ke checkpoint tu, ada dua org pengawas sukan Form 4 tengah tunggu kat situ. kebetulan, dkt checkpoint tu ada food stalls, jadi, ktaorg berteduh kat salah satu food stall. dah nama pun hujan, jadi cuaca memang sejuklah, mata plk tgh 'romantik' je, jadi apa lagi, ltk kepala atas meja makan, and aku pun 'krohhh' (kemain bunyinya, buruk! haha). untunglah waktu tu sbb tak de sangat pelanggan, kalau ada pun, tapau je. lpstu, bangun je, prgi ke stall lain utk bli mknan dgn seorang junior ni. kesian food stall tmpt ktaorg menumpang tu, takde rezeki dia, hahah, tapi, ktaorg berterima kasih sangat sbb bagi ktaorg can nak berteduh kat situ. 



asal menyimpang sangat dengan tajuk eh? haha.


oklah, dipendekkan cerita, ktaorg balik ke sekolah semula, so, merentas desa pun mmg dibatalkanlah, sbb masih hujan lagi. 


ble waktu sekolah dh habis, classmates wish aku "Selamat Hari Raya." lpstu, siap ada yg kata, "Nak angpau." hahaha. korg ni memanglah. -_-'


hari sebelumnya, kalau tak silap, Qadir tnya pasal tak balik ke Raya Cina ni. dia ingat aku sambut Raya Cina sbb dia ingat nenek orang Cina. nmpknya ada kesalah fahaman di sini. padahal, moyang yang Cina, bkn nenek. mak aiii. tapi, takpelah.





tapi, apa-apa pun, Selamat Tahun Baru Cina!

Esyaa ;)

post ni untuk kawan nadia yg nadia kenal dari Form 1 dulu. masa sama-sama kelas 1C1 pada tahun 2009. and, we reunited again on the year of 2012, masa sama-sama kelas 4 Al-Biruni, until sekarang. ;)




Dear Shasha Syafiqah, 

awk bakal menyambut hari jadi yg ke-17 on the 16th of February nnti kan? ;) so, post ni khas ditujukan utk awk. sorry sangat-sangat sebab awl sangat plk wish awk birthday, sebab kte tkt nnti kte tak berpeluang nak publish post macam ni untuk awk. kek di bawah khas untuk awak, bertemakan Rilakkuma & the gang yg kte suka, hehe.






~ okay, 16th of February mood is on ~

   

Esyaa sayanggg, first time kte kenal awk masa tahun 2009. awak msk KRK lagi awl daripada kte kan? to be honest, masa mula-mula kte kenal awk, kte rse agk takut, haha. tah hape hape kan kte ni? tpi, kte mengakulah, selama kte satu kls kat dlm 1C1 dulu, kte xdelah rapat sangat. tpi, awak still baik dgn kte. ;) tapi, kte rse mcm segalanya berubah ble naik Form 4, sbb kte lagi berpeluang utk jadi lbh rapat dgn awak.

A Sweet & Nice Girl


her looks also sweet kan? ;)
ya, saya mengaku anda sweet, Shasha. dan, sangat baik. awk bnyk tlg kte masa kte msk hospital dulu, even, tnpa kte mntk. thank you sangat-sangat. and, awk selalu bagi kte macam-macam souvenirs, i really appreciate it, tpi, kte plg tkt ble kte asyik ckp 'sorry' kat awk, sebab awk selalu kata, "kte gigit kang." dan segala macamlah. ini membuktikan yg awak sangat baik dengan kte, kadang-kadang kte plk yg rasa bersalah. hihi.

A SILAT CEKAK Expert, A Softball-er


KVHS Softball Team 
minta perhatian para teruna sekalian, jangan sekali anda berani nak mempermainkan Shasha, sebab skli dia aplikasikan skill silat cekak dia, terbang korg ke sana sini. padan muka! haha. 

berkat kegigihan & talented skills in softball, Shasha & her other members of our school softball team, Alhamdulillah, mampu menaikkan nama sekolah, even though, baru first time skolah kte ceburi bidang baru ni. thanks sangat, sayanggg. ini menunjukkan sekolah kte full of talents and abilities. :D

Shasha Being a Cute & Childish Girl in My Own Eyes


ini gambar sangat comel, saya terpikat, heheh. x)
ya, saya tahu dia sama comel dengan patung bentuk bintang tu. x)

her childish nature makes me fell in love towards her. <3
tak perlu dinafikan lagi, wahai Shasha, anda memang tampak comel & cantik, tak kira waktu, heheh. to be honest, ada beberapa gambar awk yg dah kte cop sebagai feveret kte. <3 shasha, kte igt lagi masa akhir tahun Form 1, ada satu gambar kte dgn awk, tpi, kte dh tak tahu kat mana, padahal kte dh save. :( 

You're Just So Creative

and, i admired that creative side of yours. seperti yg kte semua sedia maklum, mmg Shasha antara mereka-mereka yang buat birthday chart kelas, memang lawa pun. :) tak pyh kata psl blog, lagi lawa mehhh. hee. kte admit yg awk memang rajin tukar template blog, sampai kte pun terpikat dgn layout blog awk, sbb cantik sangat. :) 

A-Doctor-To-Be


khusyuknya dia membedah katak, betul-betul menunjukkan ciri-ciri seorang doktor
yeahhh, cita-cita anda sama dengan saya, iaitu, utk menjadi doktor in the future. In Shaa Allah, Amin Amin, sama-sama kte dpt straight A+ for SPM 2013, then, sama-sama melanjutkan pelajaran kat overseas and fulfill our dreams to be a doctor. ;) 






Dear Esyaa yang comel lagi lawa,

seriously, thanks sangat-sangat for everything yg awk dah buat utk kte. and, kte nak minta maaf sangat-sangat kalau banyak buat salah & ganggu awk. lagi satu, sorry sangat-sangat sebab ambl keluar gambar-gambar awk illegally dari FB awk melalui FB adik kte, ehehe. anyway, kte sayang awk sangat-sangat & i'm gonna miss you so much, the minute we stepped out from this school. :') together we strive for our best in SPM 2013 to put a joyous end for our senior year. Happy 17th Birthday tau, honeyyy! :* In Shaa Allah, Amin Amin, semoga awk jadi anak yg solehah, sentiasa sihat & bahagia di samping keluarga dan rakan-rakan, and, finally, berjaya dunia akhirat. :) nanti kalau dah kahwin, jemputlah kte makan nasi minyak awk, ngee ~ haha. semoga awak berjumpa dengan suami idaman awk bila dah besar nnti. :)