tarawih terakhirku menutup tirainya.
malam nirmala. rata-rata umat Islam girang menyambut kedatangan hari lebaran. ironinya, aku berasa sayu. bulan ramadhan kian pergi tanpa menanti. waktu bersilih ganti tanpa henti. menandakan aidilfitri makin menghampiri. ya, entah kenapa. bulan ramadhan tahun ini amat berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas. mungkin sebab aku rasa bulan ramadhan pada tahun ini lebih bermakna buat diri aku. memang aku mengaku, bulan puasa kali ni lebih seronok. tapi, aku tak bermaksud bulan puasa tahun-tahun lepas tak seronok, cuma, bulan ramadhan kali ni, lebih berbekas di hati. aku berharap aku dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan ramadhan pada tahun hadapan. dan, aku juga berharap agar aku dapat tingkatkan lagi amal aku kala bulan suci tersebut bertandang. :) In Shaa Allah, Amin.
No comments:
Post a Comment