Sunday, March 24, 2013

a weirdo

yes, that's me.

aku memang pelik. cuma, mungkin tak semua tahu.

tapi, adalah beberapa kepelikan aku yang agak signifikan yang hanya orang yang rapat dengan aku je tahu. berapa kali 'yang' dah. buruk nampak ayat.

yang first sekali,

aku jenis yang bila beli barang baru, macam yang semua dah sedia maklum, akan ada tag brand barang tu kan? aku ni jenis yang kalau tag tu comel, contohnya ada gambar bear ke apa ke, aku sanggup simpan. sehinggakan ada satu masa tu, aku n kawan-kawan 3C1 went for an outing kat WWM, adalah sorang kawan aku tu, dia ajak either sedara or sepupu dia, and dia siap kata lagi, "Kakak ni memang pelik sikit. Dia suka simpan tag-tag harga tu." lebih kurang ginilah. haha.

kedua,

aku jenis yang akan guna sesuatu barang tu sehinggalah dia dah sampai satu tahap yang boleh dikatakan, 'tenat'. contohnya, beg sekolah aku. aku ingat lagi yang beg sekolah tu warna hitam, and aku pakai sehingga aku habis form 3. memang tenat dia dah tahap gaban. mana taknya, sampai mak aku kena jahit beg tu, and setiap kali keluarkan buku sekolah dari beg tu, adalah cebisan-cebisan kulit beg tu terselit kat celah-celah buku. kawan-kawan selalu komplen kata beg sekolah aku tu terlalu ke bawah. haha. and, aku selalu kata kat mak aku, "Takpelah, Mama. Nanti jelah. Tunggu sampai dia dah betul-betul tenat.", aku akan cakap benda ni setiap kali mak aku ungkit pasal beli beg baru, kalau tak silap akulah. tapi, ble aku renungkan semula kisah tu, aku terfikir, agak-agak tenat tahap yang ke berapa agaknya barulah aku setuju nak beli beg baru. i'm not being thrifty or stingy, but, it's just that I've meant to have such 'i owe you a great deal' feeling. :')

ketiga,

aku jenis yang pemalas sangat. terutamanya, bila nak buang sampah yang kecil-kecil tu. contonhya, cebisan-cebisan kertas ke apa ke. lebih memalukan, ada classmate lelaki yang dah tahu perangaiku yang tidak berapa nak senonoh ni. siap ada yang offer nak tolong buangkan, and bandingkan aku dengan adik perempuan dia yang berperangai sama dengan aku. hahah. memang terserlah habis kemalasan aku.

dan, yang terakhir sekali,

hahah. bila baca buku, terutamanya, buku cerita yang aku baru beli, aku jenis yang buka buku tu kecil-kecil je. tak nak buka besar-besar. sebab takut konyok. aku lagi sanggup menghadap kesusahan masa nak membaca, daripada meratap kesedihan melihatkan buku cerita kesayangan 'luka' sana-sini. apa kau ingat aku tak pernah kena perli, ejek segala dengan keanehan aku ni? aku pernah kena, tapi, setakat ni, dengan ayah aku jelah. dia selalu jgk perli cara aku membaca. haha. 




dah lama dah tak hapdet, tapi, bila dah hapdet, it turns out that this secret of mine to be unveiled. 'secret' lah konon. haha. 

No comments: